STUDENT STORIES
Student Stories
Meet your future friends, roommates, and teammates. Our community hail from all over the nations from Peninsula Malaysia and extending to Sarawak and Sabah. Their diverse passions and experiences shape our community. The bonds forged through five years of studies will last a lifetime.
Get Over Stage Fright
Farah: Boleh ke akak ceritakan macam mana akak boleh berkecimpung dalam bidang syair?
Umai: Start dari masa kat kolej, masa tu tak tahu pun syair tu apa, tapi lepas tengok Aisyah Shofwa masuk rasa macam wow bestnya, macam boleh tryy. Lepas tu, ada dengar yang Cik Iejan nak cari pelapis jadi start dari tulah beranikan diri nak try.
Farah: Oh begitu.. Maksudnya bakat akak bersyair bermula masa akak start study kat KPI?
Umai: Bakat tu mungkin dari segi pandai dengar dan ikut irama lah kut, sebab kalau nak cakap berlatih, berlatih sendiri je.
Farah: Berapa banyak pertandingan dan anugerah yg akak dah menang dalam pertandingan syair?
Umai: Ada lah sikit.. Pada tahun 2022, akak menang Naib Johan FKISS Daerah Seremban 1, pernah juga jadi Johan Daerah Seremban 1 Karnival BM 2022. Kemudian, akak dapat jadi Naib Johan Negeri Sembilan Karnival BM 2022 dan seterusnya Johan Daerah Seremban 1 Karnival BM 2024.
Farah: Wah, tahniah kak. Banyak juga pertandingan yang akak menang walaupun berlatih sendiri. Boleh tak akak kongsikan gambar akak bersama hadiah yang dimenangi?
Umai: Boleh..
Farah: Apa perasaan akak apabila muncul juara dan dapat pergi ke peringkat seterusnya?
Umai: Of course lah happy 🙂
Farah: Boleh tak akak ceritakan pengalaman akak memasuki pertandingan syair ni?
Umai: Sepanjang masuk pertandingan syair ni, what i realised back then was if you think you can do it, just do it. jangan rasa macam aduh tak boleh buat ni, try dulu, then baru decide nak continue ke tak. Like my story, saya memang teringin gila nak masuk syair walaupun memang tak pandai pun irama, tapi rasa macam boleh go on ni. Tapi tak jadi apa-apa pun lah sebab Cik Iejan tak uar uarkan pun yang dia nak cari pelapis Kak Shof.
Farah: Lepas tu apa yang berlaku?
Umai: Nak dijadikan cerita, ada sorang batchmate saya ni bagitau yang sebenarnya ada batchmate saya yang lain kena approach untuk masuk syair menengah rendah. Kak Shof menengah atas. What I felt back then is tak adilnya sebab peluang ni tak dibuka openly pun.. So akak decide to pm sendiri Kak Shof cakap yang saya minat nak try syair. Then ada satu malam tu, Cik Iejan panggil tanya: Betul ke akak nak masuk syair? Lepas tu akak pun jawablah, “Ha’ah, Cik Iejan. Saya nak cuba.” Maka, terjebaklah akak masuk syair… 🙂 he..he..he.. Tapi berlatih sendiri je ikut irama kat youtube. Sebab takde sapa nak ajar.
Farah: Susah juga ye nak berjaya. Sekarang cuba cerita macam mana akak berlatih.
Umai: Masa zaman PKP/Covid, pertandingan dijalankan secara online. I still remembered back then, I recorded video sampai 2 ke 3 pagi dekat makmal Quran. Masa tu, Khairil Hakim yang incharge jadi videographer etc. Banyak kali juga retake video sebab asyik terlupa dan terketar. But what a nice experience masa tu, best.
Farah: Biasanya kalau budak baru nak naik pentas untuk pertandingan mengalami ‘stage fright’. Akak macam mana?
Umai: Ada stage fright tu normal. Hari tu masa peringkat daerah, suara akak bergetar la jugak. Lepas dah habis giliran persembahan, akak ingat Kolej Tunku Kursiah (TKC) dah menang. Mujurlah budak TKC tu lupa part masa dia bersyair.. So macam ada harapan la jugak. Masa dapat tahu result tu, Cik Iejan bagitau akak punya markah lebih 1 mata sahaja daripada budak TKC. Itu lah dinamakan rezeki. Alhamdulillah.